Sunday, 22 April 2012

MAK ABAH,,TERIMA KASIH...

Tiada ibu dan bapa, kiranya kita pun tiada la kan kat atas muka bumi nie.. Ibu dan bapa adalah orang bertanggujawab dalam melahir dan membesar kan kita sehingga hari ini.. Bersyukur rasa nya apabila berpeluang menikmati keindahan alam yang dicipta oleh yang maha esa.. Disamping itu bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang menyayangi kita hari ini..

Disini ada sedikit sketsa tulisan.. renungkan lah...hehehe....


Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untnk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak bersedih.

# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan..mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...

# Jagalah ibubapa anda dan balaslah jasa mereka degan kebaikan...


Alhamdulillah... 22 April 2012, genap telah umur yang kini telah mencecah 20 tahun.. Terima Kasih mak dan abah kerana telah melahirkan dan membesarkan saya selama ini dan kalau tidak kerana mereka, saya tidak dapat menjejak kaki di bumi Universiti Kebangsaan Malaysia ini.. Bersyukur saya kepada yang maha esa kerana hingga hari ini sayha masih bernafas lagi.. Mak Abah, doakan kejayaan anak mu ini....

<<<< SAYANG MAK ABAH  >>>>


PeaCe...=P





No comments:

Post a Comment