Apabila tiba sambutan hari jadi, mesti dapat makan kek kan..hehehe..Rasa bertuah gak la kerana dapat juga merasa makan kek apabila tiba hari jadi..Walaupun dapat merasa makan kek satu hari sebelum hari jadi..kira dapat mkn kek gak la kan..hehehe..Ini adalah sedikit cerita pada hari kejadian dimana dapat merasa makan kek SECRET RECIPE..huhuhu..seronok sangat dapat makan ramai-ramai..Terima Kasih semua..
Cerita bermula apabila tamat menjawab kertas peperiksaan pengantar pemasaran di Dewan Tun Abdullah M.Salleh..Selepas itu,bersama sahabat-sahabat dan diketuai oleh en. Azzwan kami menuju ke Kajang iaitu tempat yang ditujui adalah Metro Point Kajang.. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 15 minit..
Tujuan utama kami berkunjung ke Metro Point Kajang adalah untuk melepaskan TENSION midterm exam iaitu bermain Bowling dan ENJOY..hehehe.. Setibanya di Metro Point Kajang, kami terus ke tingkat 3 iaitu level untuk entertaiment dimana tempat permainan bowling berada di situ.. Tetapi sebelun itu kami menunaikan solat terlebih dahulu kerana solat merupakan kewajiban setiap mukmin..
Bertempat di Ampang Superbowl Metro Point Kajang.. Kami melepaskan tension masing-masing dengan melontarkan bola bowling smapai sakit-sakit jari..hehehe.. Kami main dengan penuh happy dan enjoy sekali.. Jelas terpancar keseronokan di wajah kami semua terutama mereka yang memenangi permainan tersebut.. Selepas selesai melepaskan tensian, hajat dihati ingin terus pulang ke UKM untuk study exam seterusnya..
Tetapi kerana kelaparan, kami menuruskan perjalanan kami ke restoren KFC yang berada di sebelah metro point kajang.. Di KFC inilah kami dihidangkan dengan kek Secret recipe selepas selesai menikmati juadah KFC.. Kami dapat menikmati 4 potong kek yang berlainan perisa.. Memang seronok apabila dapat makan kek bersama-sama rakan-rakan dan en. Azzwan dan keluarga lebih-lebih lagi ketika menyamput ulang tahun kelahiran..
Ini merupakan antara kenangan manis bagi kami semua terutama saya.. Terima Kasih kawan-kawan dan en.Azzwan.. Semoga aktiviti ini tidak berhenti di sini sahaja.. Yang penting kita enjoy dan happy.....
PeaCe...=P
No comments:
Post a Comment