Monday 30 April 2012

VIDEO....(versi formal)..hehehe


Video ini adalah video koporat Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) yang kedua saya tonton.. Video ini adalah lebih formal dan internasional kerana mengambarkan UKM secara lebih mendalam dan terperinci.. Video ini mengetengahkan UKM sebagai universiti yang memartabatkan bahasa melayu dan negara Malaysia.. Selain itu, ianya turut menerangkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh UKM sepanjang kewujudan nya serta menunjukkan research-research yang sedang dan telah dilakukan oleh universiti yang menjadi lambang identiti negara Malaysia..

Setiap video mempunyai kelamahan nya masing-masing.. Begitu juga dengan video koporat Universiti Kebangsaan Malaysia ini.. Ini adalah pekara biasa yang tejadi.. So, daripada kritikan, ianya dapat untuk menutup kelemahan yag ada di dalam video ini..

Bagi video yang kedua ini, ianya lebih menumpukan kepada Fakulti Perubatan yang berada di kampus Kuala Lumpur dan kampus Cheras.. Ianya terlalu menekankan research yang dilakukan oleh fakulti perubatan sehingga menenggelamkan fakulti-fakulti lain yang ada di UKM.. Disamping itu juga, di dalam video ini tidak digambarkan situasa dan bagaiamana keadaan di UKM.. Ini sekaligus tidak memperlihatkan panorama indah dan menyejukkan mata yang ada di universiti kebanggaan rakyat Malaysia ini.. 

Ermm... rasa nya ini sahaja yang saya boleh kongsikan bersama.. sebarang kesilapan.. MAAF =)




PeaCe...=P





VIDEO....(versi pelajar)..hehehe


Ini adalah kali pertama saya menonton video koporat Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).. Video ini adalah video versi pelajar yang menunjukkan situasi kehidupan mahasiswa dan mahasiswi di universiti iaitu di UKM.. Ia turut menyelitkan tentang sejarah UKM tetapi secara menyeluruh.. Selain itu ditunjukkan juga kemegahan UKM yang lebih mengutamakan aspek kebudayaan iaitu mengenai kebudayaan masyarakat Malaysia yang menjadi lambang kebangaan Malaysia..

Walaubagaimana pun terdapat juga kelamahan yang ada didalam video ini.. Seperti mana video-video lain, ianya turut mempunyai kelemahan masing-masing.. Tidak dapat dinafikan setiap video ada kelemahan nya masing-masing..

Err.. bagi video ini, kehidupan mahasiswa dan mahasiswi yang cuba digambarkan adalah kurang menepati dengan keadaan nya yang sebenar.. Disamping itu, fakulti-fakulti yang ada di UKM tidak ditonjolkan dengen menyeluruh.. Hanya Fakulti Ekonomi dan Pengurusan(FEP) dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina(FKAB) serta beberapa bangunan lain iaitu Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR) dan CENSELORI.. Tambahan lagi video ini tidak menerangkan mengenai aktiviti palajar secara menyeluruh..

Ermm... rasa nya ini sahaja pendapat yang saya dapat kongsikan bersama.. Sebarang kesilapan, MAAF =) 




PeaCe...=P




Sunday 29 April 2012

RUMAH HANTU...hahaha...

Sabtu dan Ahad.. 
28-29 April 2012..
Jam 21:00 hingga 00:30..

Apa yek terjadi pada waktu itu ???


hehehehe..... Dah tau kan jawapan nya..  Pada waktu tersebut, Kelab Seni Pemantasan Teater(SEPET) telah diberi peluang untuk menjayakan rumah hantu di Kolej Ungku Omar(KUO).. Program ini berjalan selama 2 malam berturut-turut.. Bagi menjayakan rumah hantu ini, seramai 10 ahli kelab telah besetuju untuk menjadi hantu.. Bagi yang selebihnya meraka menyiapkan props, meka-up, runner dan sebagainya..

Seramai 10 orang yang menjadi hantu, saya merupakan salah seorang daripada nya..hehehe.. Ini adalah pengalaman pertama dalam mencuburi bidang lakonan untuk menjadi hantu di rumah hantu.. Memang berasa teruja sekali apabila berpeluang menjadi hantu bagi menjayakan rumah hantu Kolej Ungku Omar.. 

Pelbagai ragam dan gelagat dapat dilihat apabila para penggunjung memasuki rumah hantu.. Ada dikalangan mereka berani, penakut dan ada juga yang tiada perasaan.. Para pelakon hantu juga mengalami pelbagai peristiwa yang menyakitkan kerana ada dikalangan mereka dicubit, kene tarik rambut, ditumbuk dan macam-macam lagi.. 

Sangat menyeronokkan apabila berpeluang untuk menjayakan rumah hantu kolej ungku omar dan dapat pengalaman menjadi hantu.. Serius jadi hantu memang letih ditambah pula dengan keadaan yang panas...hehehe...



PeaCe...=P




Thursday 26 April 2012

STRIKE,,SPARE,,LONGKANG....hehehe

Apabila kita men bowling.. Pastinya perbagai ragam kita dapat lihat samada ragam manusia ataupun ragam bola bowling itu sendiri.. Pastinya seronok apabila kita berpeluang men bowling bersama kawan-kawan terutama nya dalam bilangan yang ramai.. Tentu kecoh dan meriah sekali kan.. Macam-macam ragam dapat dilihat dan pastinya akan membuat kita tergelak..hehehe..



Tahukah anda?
Pada zaman dahulu,
mereka yang bermain bowling adalah dari golongan bangsawan sahaja!
dan setiap pin Bowling tersebut akan disusun secara manual!!!
macam tak percaya bukan?
tapi itu laa hakikat! huhu...


Sejarah Bowling Dan Cara Permainanya


Bowling adalah suatu jenis olahraga atau permainan yang dimainkan dengan menggelindingkan atau melemparkan bola dengan menggunakan tangan.. Bola bowling akan dilemparkan ke pin yang berjumlah sepuluh buah yang telah disusun menjadi bentuk segitiga jika dilihat dari atas...

Jika semua pin dijatuhkan dalam sekali balingan atau lemparan maka itu disebut strike.. Jika pin tidak dijatuhkan sekaligus maka diberikan satu peluang lagi untuk menjatuhkan pin yang tinggal.. Apabila pada lemparan kedua tidak ada lagi pin tinggal disebut spare.. Jika setelah dua kali masih ada pin yang tertinggal maka disebut open frame (missed) yang kesemuanya itu akan menentukan perhitungan angka yang diperolehi dalam setiap permainannya.. Pin akan kembali disusun seperti semula untuk frame selanjutnya..



Cara perhitungan angka untuk permainan ini adalah:-

Setiap game mempunyai 10 frame, setiap frame mempunyai 2 kotak yang melambangkan dua kali kesempatan lemparan. Khusus pada frame ke 10 ada 3 kotak yang ertinya kita mempunyai kesempatan 3 kali lemparan.. Score tertinggi dalam setiap gamenya adalah 300 yang disebut perfect game.. Setiap Frame strike akan mendapatkan tambahan angka dari 2 lemparan selanjutnya, sedangkan untuk spare mendapat tambahan angka dari 1 lemparan selanjutnya...



Menarik bukan fakta ini? huhu...
Siapa suka main bowling, angkat tangan!!!
wahh... ramai yang suka main bowling... hoho...




PeaCe...=P


Sunday 22 April 2012

KENANGAN SECRET RECIPE....

Apabila tiba sambutan hari jadi, mesti dapat makan kek kan..hehehe..Rasa bertuah gak la kerana dapat juga merasa makan kek apabila tiba hari jadi..Walaupun dapat merasa makan kek satu hari sebelum hari jadi..kira dapat mkn kek gak la kan..hehehe..Ini adalah sedikit cerita pada hari kejadian dimana dapat merasa makan kek SECRET RECIPE..huhuhu..seronok sangat dapat makan ramai-ramai..Terima Kasih semua..

Cerita bermula apabila tamat menjawab kertas peperiksaan pengantar pemasaran di Dewan Tun Abdullah M.Salleh..Selepas itu,bersama sahabat-sahabat dan diketuai oleh en. Azzwan kami menuju ke Kajang iaitu tempat yang ditujui adalah Metro Point Kajang.. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 15 minit..


Tujuan utama kami berkunjung ke Metro Point Kajang adalah untuk melepaskan TENSION midterm exam iaitu bermain Bowling dan ENJOY..hehehe.. Setibanya di Metro Point Kajang, kami terus ke tingkat 3 iaitu level untuk entertaiment dimana tempat permainan bowling berada di situ.. Tetapi sebelun itu kami menunaikan solat terlebih dahulu kerana solat merupakan kewajiban setiap mukmin..




Bertempat di Ampang Superbowl Metro Point Kajang.. Kami melepaskan tension masing-masing dengan melontarkan bola bowling smapai sakit-sakit jari..hehehe.. Kami main dengan penuh happy dan enjoy sekali.. Jelas terpancar keseronokan di wajah kami semua terutama mereka yang memenangi permainan tersebut.. Selepas selesai melepaskan tensian, hajat dihati ingin terus pulang ke UKM untuk study exam seterusnya.. 

Tetapi kerana kelaparan, kami menuruskan perjalanan kami ke restoren KFC yang berada di sebelah metro point kajang.. Di KFC inilah kami dihidangkan dengan kek Secret recipe selepas selesai menikmati juadah KFC.. Kami dapat menikmati 4 potong kek yang berlainan perisa.. Memang seronok apabila dapat makan kek bersama-sama rakan-rakan dan en. Azzwan dan keluarga lebih-lebih lagi ketika menyamput ulang tahun kelahiran..




Ini merupakan antara kenangan manis bagi kami semua terutama saya.. Terima Kasih kawan-kawan dan en.Azzwan.. Semoga aktiviti ini tidak berhenti di sini sahaja.. Yang penting kita enjoy dan happy.....



PeaCe...=P





MAK ABAH,,TERIMA KASIH...

Tiada ibu dan bapa, kiranya kita pun tiada la kan kat atas muka bumi nie.. Ibu dan bapa adalah orang bertanggujawab dalam melahir dan membesar kan kita sehingga hari ini.. Bersyukur rasa nya apabila berpeluang menikmati keindahan alam yang dicipta oleh yang maha esa.. Disamping itu bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang menyayangi kita hari ini..

Disini ada sedikit sketsa tulisan.. renungkan lah...hehehe....


Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untnk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak bersedih.

# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan..mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...

# Jagalah ibubapa anda dan balaslah jasa mereka degan kebaikan...


Alhamdulillah... 22 April 2012, genap telah umur yang kini telah mencecah 20 tahun.. Terima Kasih mak dan abah kerana telah melahirkan dan membesarkan saya selama ini dan kalau tidak kerana mereka, saya tidak dapat menjejak kaki di bumi Universiti Kebangsaan Malaysia ini.. Bersyukur saya kepada yang maha esa kerana hingga hari ini sayha masih bernafas lagi.. Mak Abah, doakan kejayaan anak mu ini....

<<<< SAYANG MAK ABAH  >>>>


PeaCe...=P





Thursday 12 April 2012

TENSION!!!!!!...hehehehe..


Pastinya tension apabila cuti telah melabuhkan tirainya.. Mula la perasaan malas menyelubungi fikirin kerana keseronokan cuti belum lagi mencukupi.. Perasaan malas mula terjadi apabila kita melihat pakaian yang ingin dikemas untuk dibawa pulan ke tempat penginapan.. Ini ada kalanya hinggakan mak yang menjadi mangsa untuk mengemas pakaian kita..(thanx mak...hehehe).. Selain itu, hati mula berat untuk meninggalkan rumah yang menjadi tempat untuk membuta(tidow), lepak(tengok tb), dan makan(masakan mak).. Pastinya tension skali kan..hehehe..

Dalam perjalanan ke tempat penginapan, pasti akan terjadi sesuatu yang membuat kita tension kecuali bagi mereka yang dihantar oleh keluarga..

Situasi pertama adalah di hentian bas..
 menunggu bas sekian lama akan menyebabkan kita tension kan.. dengan panas nye lagi, dengan beg berat nye lagi.. pastinya akan mmbuat kita sakit hati..hehehe...

Situasi kedua adalah di dalam bas..
 mereka yang long distance pasti tension kerana sakit pinggang akibat terlalu lama didalam bas.. ini belum kira yang lapar dan yang tidak tahan ingin ke tandas..hehehe.. pastinya azab berada di dalam situasi terbabit..hehehe..

Situasi ketiga adalah selepas turun dari bas..
semasa di dalam bas kan dah macam-macam yang terjadi.. apabila turun dari bas pula.. terbaksa bejalan kaki untuk sampai ke bilik.. kalau jalan lenggang kangkung tak pew la jugak.. nie dah la dengan sakit pinggang nye lagi dan beg berat nye.. pasti akan men tension kan..hehehe...

Sesudah sampai di bilik juga ada pekara yang menbuat kita tension..  Dah la penat berjalan dan sakit pinggang membuat kan kita letih.. Di bilik, suasana pastinya telah berubah.. Sebelum balik bersih dah balik berabuk la pulak.. Dalam keadaan letih, terpaksa la pulak membersihkan bilik, sapu sini, sapu sana.. tension kan.. Selepas itu pulak, kene kemas pakaian yang berada didalam beg untuk disusun ke dalam almari.. Tension nye.. Tapi kebiasaan nye, tidur dulu baru kemas pakaian.. Ini adalah disebabkan letih dan tension..hehehehe...



Selamat kembali ke UKM kawan-kawan...Jangan tension-tension tau....


PeaCe...=P

Wednesday 11 April 2012

KUALA LIPIS...

Seronok rasa nya apabila pulang ke kampung halaman yang terlatak di Kuala Lipis,Pahang.. Disaat itu kita dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan tidak lupa juga untuk keluar berjumpa kawan-kawan.. Hari itu, saya berkesempatan kuar berjumpa kawan-kawan satu sekolah sambil berjalan-jalan di bandar Kuala Lipis.. Disini, saya ingin menceritakan serba ringkas mengenai Kuala Lipis..



Kuala Lipis pernah menjadi ibu negari Pahang pada Jun 1898 selepas mengantikan Pekan yang sebelum ini menjadi ibu negeri Pahang.. Namun pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan.. Nama Kuala Lipis dipercayai berasal daripada sejenis tumbuh-tumbuhan yang banyak terdapat di situ pada masa dahulu.. Tumbuhan tersebut adalah Serau Lipis yang erupakan tumbuhan memanjat dan berbunga putih.. 

Kuala Lipis mempunyai tinggalan sejarah nya yang tersendiri.. Disini terdapat bangunan-bangunan bersejarah  yang masih terpelihara.. Selain itu, disini merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara iaitu dengan melalui jalan air.. Kuala Lipis turut mempunyai hutan simpan nya tersendiri iaitu Taman Rimba Kenong dan  Taman Negara Pahang Sungai Relau.. 


Bangunan-bangunan bersejarah........

    Taman Rimba Kenong.......

Taman Negara  Pahang Sungai Relau......

Batu Bertanda Kosong.......
Satu lagi keistimewaan Kuala Lipis adalah menganai batu tanda kosong.. Batu ini merupakan titik pengiraan jarak jalan raya di Pahang...
   

Tuesday 10 April 2012

HOME SWEET HOME....hehehe

Seronok kan apabila kita dapat tahu hari cuti.. Perkara pertama kita akan fikir adalah dapat rehat, tapi dimana?..Pastinya di rumah kan.. Gembira nya hati dapat berehat di rumah apabila cuti bak kata pepetah melayu.. RUMAHKU SYURGAKU......


Bagi pelajar-pelajar yang merantau pastinya musim cuti menjadi pekara yang mereka tunggu-tunggukan kerana berpeluang untuk pulang ke kampung masing-masing.. Ada dikalangan pelajar sudah mula mengemas barang yang hendak dibawa pulang 2 atau 3 hari sebelum pulang ke kampung mahupun ada juga seminggu sebelum pulang.. Bertapa gembira nya mereka apabila berpeluang pulang ke kampang.. 

Bagi yang menaiki kenderaan awam seperti bas, keretapi mahupun kapal terbang, pastinya mereka telah menempah tiket sebulan sebelum pulang ke kampung kerana bimbang kehabisan tiket.. Jika tiada tiket, pastinya merana.. Segala urusan pelajaran hampir dilupakan apabila sampai di kampung halaman kerana dalam kepala hanya memikirkan untuk berehat dan bersama keluarga tersayang..

Perjalanan yang jauh sanggup ditempuhi untuk samapai ke kampung halaman.. Sepanjang perjalanan terbayang-bayang rumah, keluarga tersayang dan rakan taulan.. Setibanya dirumah, tangan ibu ayah dicium, bergurau senda dengan adik-beradik, berborak bersama keluarga dan yang paling manis sekali makan dan menonton telivisyen bersama keluarga.. HOME SWEET HOME...

SELAMAT BERCUTI......hehehe...

Monday 9 April 2012

FERI PULAU MUTIARA.....


Pulau Pinang atau nama jolokannya pulau mutiara dahulu nya terkenal dengan pengangkutan air iaitu feri.. Feri merupakan pengangkutan utama di Pulau Pinang sebelum terbina nya Jambatan Pulau Pinang.. Feri yang besar ini bukan sahaja membawa manusia,tetapi turut mampu untuk membawa kenderaan untuk menyeberangi Selat Melaka.. Feri ini menghubungkan Butterworth dengan Georgetown yang dipisahkan oleh Selat Melaka..

Pada 7 April 2012, saya berkesemapatan makan angin ke Pulau Mutiara ini.. Memang seronok apabila menjejak kaki di Pulau Pinang kerana ia merupakan kali ke-2 saya ke sana.. Aktiviti yang paling         menyeronokkan dan sukar untuk dilupakan ialah apabila berkesempatan menaiki feri..


Ini merupakan ruang untuk para penumpang untuk duduk.. Ruang ini berada di tingkat atas feri iaitu khas untuk penumpang yang berjalan kaki.. Disini disediaakn tandas awam untuk kegunaan penumpang yang akan memberikan keselesaan kepada penumpang.. Dari sini, saya dapat melihat keindahan Pulau Pinang dan kapal-kapal yang berlabuh di laut..


Ini pula merupakan ruang bawah feri tersebut.. Ruang ini memuatkan kenderaan yang ingin menyebarangi Selat Melaka.. Saya begitu teruja apabila dapat melihat kenderaan meluncur masuk ke dalam feri.. Ini merupakan kenanagan yang sukar untuk dilupakan.. 

Berharap dapat kembali menjejek kaki ke Pulau Pinang lagi.......:-)