Tuesday 29 May 2012

KELAS TERAKHIR A.KOMPUTER

Tarikh : 29 Mei 2012
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Hari : Selasa
Tempat : Makmal komputer1, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM

Jam 9.30 pagi, post ini ditulis.....

Pejam celik, pejam celik.. kita dah sampai ke kelas terakhir aplikasi komputer sebelum menduduki peperiksaan  sebelum menduduki peperiksaan final semester 2 tahun 1..

Jam 9.45 pagi...

Menyampaikan lagu bersama-sama en. AzzwanFadhil, dan Nabil.. Mendendangkan 3 buah lagu iaitu Kau Ilhamku-MambaiOrang Kampung-Jimmy dan Tapi Bukan Aku-Kerispatih.....


PeaCe...=P



Tuesday 22 May 2012

DI MANA KAMU MENGHILANG....

Semenjak 2, 3 hari ini...terasa betul2 kehilangan seseorang.. Ntah la, rasa macam sunyi jew.. Rakan-rakan semuanya terasa akan kehilangan seseorang.. Ntah dimane silap nye, Kehilangan ini betul2 membuat kami semua sunyi dan tidak hapening seperti dahulu.. Adakan silapnya datang daripada saya sendiri ataupun daripada orang lain.. Ermm..ntah la kawan2...

Kepada Raja Nur Izni Binti Raja Iskandar, kami menanti kembali nya anda yang dahulu.. Kehilangan Raja Nur Izni begitu terasa sekali.. Kepulangan anda amat kami nantikan.. Pulanglah Raja Nur Izni kepada yang dahulu.. 


PeaCe...=P


Friday 18 May 2012

AMANAT TERAKHIR....

Sebelum saya mengundurkan diri dalam penulisan nie... Saya ingin memohon maaf kepada semua atas segala kelemahan dan kesilapan saya selama ini... Saya juga ini memohon ampun dan maaf andai ada dikalangan anda terasa hati dengan saya.. Maaf sangat... Di kesempatan ini saya mendoakan kejayaan anda semua... best sangat sebab dapat kenal dengan anda semua... Akhir kata dari saya... Salam dan jumpa anda di VROX...huhuhu...




PeaCe...=P



Monday 14 May 2012

JOM FUTSAL LAGI (18/5).....

Nak tak join main FUTSAL lagi ??


Macam mana main futsal hari tu.. Puas hati tak..huhuhu.. Baru korang tahu kan manam mana penangan main futsal nie yang menjadi kegilaan kaum lelaki.. Seronok dan hapening bukan.. Kalau ada sakit-sakit tu, kira adat la kan bila tak pernah main atau yang jarang main.. Ala, dua atau tiga hari baik la nanti.. Paling lama pun seminggu..huhuhu..

Bagi yang tidak berkesempatan jangan sedih-sedih kerana ada lagi aktiviti menanti anda tau.. Tak mahu 'tamcing-tamcing' tau..hehehe.. Nanti tak ada sape nak pujuk.. Buat penat je dok 'tamcing'..hehehe..

OK,
mengikut perancangan, kita nak adakan lagi main futsal nie ditempat yang sama tapi pada waktu yang berbeza.. Ini baru perancangan, tapi kalau ada sambutan.. Insyallah jadi.. So, jangan lepaskan peluang ok..

Perancangan nya adalah seperti berikut :-

  • Hari - Jumaat
  • Tarikh - 18 Mei 2012 
  • Masa - 3 petang
  • Tempat - Vrox
Majulah sukan untuk negara...


PeaCe...=P



MOH KE PERAK YOP(teluk intan)....

Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan,,,



Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.

Keunikan Menara Condong :-

Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat. Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.

hehehe.. hari 2 saya bekesempatan melawat ke menara condong ini.. Begitu teruja sekali apabila dapat melihat sendiri menara condong berada di depan mata..Akhirnya saya berkesempatan melihat sendiri menara condong tersebut yang menjadi land mark kepada Teluk Intan..

Jom melancong....



PeaCe...=P



RESULT EPL..last game...


Anda kaki bola, jom bace...huhuhu...

Liga perdana inggeris akhirnya melabuhkan tirainya hari ini.. Perlawanan terakhir ini merupakan perlawanan penentuan bagi menentukan kejuaraan menjadi milik siapa.. Persaingan ini merupakan persiangan bandar berjiran iaitu Manchaster United dan Manchaster City.. So, ninlah keputusan perlawanan malam ini..

05/13
Manchester City
3
-
2
Queens Park Rangers
05/13
Sunderland
0
-
1
Manchester United
05/13
Stoke City
2
-
2
Bolton Wanderers
05/13
Wigan Athletic
3
-
2
Wolverhampton
05/13
Norwich City
2
-
0
Aston Villa
05/13
Chelsea
2
-
1
Blackburn Rovers
05/13
Tottenham Hotspur
2
-
0
Fulham
05/13
Swansea City
1
-
0
Liverpool
05/13
West Bromwich Albion
2
-
3
Arsenal
05/13
Everton
3
-
1
Newcastle United

Berdasarkan keputusan diatas, ternyata kejuaraan memihak kepada Manchaster City dengan kelebihan jaringan gol keatas Manchaster United walaupun mempunyai mata yang sama.. Taniah kepada fans Man C...hehehe


PeaCe...=P



Saturday 12 May 2012

APA YANG ANDA RASA???...hehehe

Futsal Oh Futsal....

hehehe.. Masih ingat lagi aktiviti tu.. Ha, beraksi sudah, makan pun sudah, sekarang  kita nak tahu jugak la kan apa yang para pemain rasa selepas even nie kan..hahaha.. Mesti macam-macam ragam dan reaksi yang kita dapat lihat..

Apa lagi, mari kita temubual para pemain...huhuhu :-







Berikut adalah temubual bersama pelajar yang tidak dapat join :-



Akhir kata.. Pesanan dari penaja..huhuhu :- 


Ha, itulah sebahagian daripada pelajar yang sempat ditemu ramah.. Ternyata kebanyakkan mereka happy dan kesakitan..huhuhu.. btw, korg semua memang sporting la.. Terima Kasih kawan-kawan atas kesudian menjayakan aktiviti ini..

Sekian terima kasih =)


PeaCe...=P



FUTSAL OH FUTSAL.... -at vrox..

Akhirnya menjadi kenyataan...=)


Bertempat di VROX Futsal & Badminton Sport Centre, seramai 21 orang pelajar telah menyertai aktiviti turun ke court futsal..huhu.. Aktiviti ini telah diselia oleh En. Azzwan dan diketua oleh saudara Nabil n the geng.. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeluarkan peluh para peserta yang sebelum ini susah untuk dikeluarkan..huhuhu..  

Berikut adalah serba sedikit laporan mengenai aktiviti tersebut.. :-

Jam 7-7.45 petang :
  • Ketibaan para pemain bersama rombongan 3 buah kereta masing-masing dan 2 biji moto...huhu
  • Para pemain mula memakai kasut, makan bagi yang berbuka puasa(huhuhu), dan warming up..


Jam 8 malam :
  • Ketibaan penyelia aktiviti ditemani isteri tersayang bersama cahaya mata yang comel..hehe
  • Para pemain mula masuk ke court futsal untuk test court..
  • Pemain dipecahkan kepada 4 kumpulan dan bermain secara bergilir-gilir..


Jam 8.40 malam :
  • Ada beberapa pemain sudah pancit, so hanya permain yang mampu sahaja meneruskan permainan sehingga wisel terakhir perlawanan...huhuhu..


Jam 9 malam :
  • Tamat permainan..
  • Para pemain mengemas peralatan sambil bergambar..


Jam 9.15 malam :
  • Para pemain menjamu selera di cafe vrox sambil ambil gambar kenang-kenangan..


Jam 10 malam :
  • Balik...
Keputusan perlawanan adalah seperti berikut... :-

Taniah kepada para pemenang... =)


PeaCe...=P



Thursday 10 May 2012

RUANGAN RENUNGAN 2....=)

Tujuh jenis wajah mayat mayat di dalam kubur...



( 1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah. Dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.



( 2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu serta lalai dalam solatnya.
sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.



( 3 ) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.



( 4 ) Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat semasa hidupnya suka makan harta yang haram.



( 5 )Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi mengata dan mengumpat orang.



( 6 )Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba.



( 7 )Mayat yang wajahnya tersenyum.
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh


Renung-renumgkan dan selamat beramal...=)


PeaCe...=P




Tuesday 8 May 2012

WAA....ngantok buar kerja ac.com...hehehe

Mengantuk Betul.. Kalau disorongkan bantal.. Memeng dah tidur mati...huhuhu


Mana tidak nya.. Membace essay 1000 lebih patah perkataan dalam bahasa english kemuadian jawab soalan yang kira bnyak la juga pasti akan membuat kita berasa mengantuk sekali.. Ini adalah situasi yang dialami oleh saya dan rakan-rakan tadi.. Walaupun dah buat ramai-ramai, tapi rasa mengantuk itu tetap ada..hehehe..

Cuba bayangkan kalau buat kerja ini sorang-sorang.. Pasti tak siap la kan, nasib la tadi saya buat kerja bersama rakan-rakan.. Kalau tidak, esok duduk terlopong jew ladalam kelas sebab tak tahu apa yang hendak dilakukan akibat tidak menyiapkan latihan yang telah diberi..huhuhu..

Perasaan mengantuk masih kuat membara nie tapi sempat juga post..huhuhu.. Kerja dah siap, so boleh la tidur dengan aman..hehehe..


Nite semua...Tidur dulu yek....=)


PeaCe....=P



IKLAN DISINI...sila la bace..hehehe

Berminat.. Boleh la membelinye.. So, tengok la dlu design nye :-


Member saya ada yang jual baju.. So, saya tolong la promote kat sini sebab dah tak tau nak tulis apa..hehehe.. Lagi pun tak salah kan nak tolong member buat bisnes.. Promote jew kot, tak de modal pun tak apa janji pandai tulis..hehehe.. Ok lah, dh melalut nie.. nanti tak promote lak baju membe nie...

Berkenaan dengan baju diatas tu, butir-butir nya adalah seperti berikut :-

**TERMA DAN SYARAT**

1. Tempah dan bayar dahulu sebelum 21 Mei 2012.

2. Kami cetak selepas tarikh demikian.

3. Cetakan ambil masa dalam dua minggu.

4. Sebarang perubahan akan kami maklumkan.

Berminat..Sila komen dibawah..=)


Peace...=P



Monday 7 May 2012

MAJLIS MAKAN MALAM KUO...hehe..


Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM, telah berlangsung nya majlis makan malam Kolej Ungku Omar bagi tahun 2011/2012.. Pada malam dinner ini, tema yang dipilih adalah 'back to school' yang akan mengimbau kembali zam)an persekolahan dahulu.. Dinner ini bermula pada jam 8 malam yang dimulakan dengan ketibaan para tetamu dan jemputan khas..

Seterusnya, majlis bermula pada jam 8.30 malam dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis.. Selepas itu adalah ucapan oleh para tetamu jemputan khas seterusnya merasmikan majlis makan malam KUO.. Acara yang ditunggu telah tiba, apa lagi, start melantak la..huhuhu.. kenyang perut dapat makan.. Sedap pulak tu, nak tau tak apa lauk pauk nya.. Ce tengok nie :-


Jemput makan semua..hehehe..=P


Selepas selesai menikmati juadah yang disediakan, kami dihiburkan pula dengan tarian, persembahan nasyid dan juga live band.. Disamping itu ada juga cabutan bertuah yang dipecahkan kepada 2 ketogori iaitu meja bertuah dan individu bertuah.. Hadiah utama bagi individu bertuah adalah i-pod.. hehehe.. Bertuah kan siapa yang bertuah memilikinya..hehehe...

Majlis diakhiri dengan tarian moden dan majlis bersurai pada jam 1 pagi....


PeaCe...=P



WAA...Letih geler hari ini..hehehe..

Isnin.. 05 Mei 2012... Hari yang meletihkan... Sangat letih...huhuhu..


hehehe.. Biasa la kan, nama pun student, mesti letih kalau banyak benda kena buat dalam sehari.. Buat pulak kalau sehari itu kelas pulak full.. Memang tak de masa la kan.. Duduk dalam kelas aje, ada masa pasti kan tertidur kan lebih-lebih lagi kalau semalam tidur lewat pulak.. hehehe

Hari ini memang begitu meletihkan bagi saya kerana banyak benda kene buat hari ini.. Bermula daripada semalam lagi.. Selepas selesai menghadiri majlis makan malam Kolej Ungku Omar semalam, kira-kira jam 1 pagi.. Baru la bermula kerja-kerja membuat assignment yang tertangguh..huhuhu.. Punya la menyiapkan tugasan pembangunan diri, sedar-sedar dan jam 3.30 pagi.. Mata dah tak tahan, so tidur la..hehehe

Akibat dari kerja tertangguh tersebut, hari ini menjadi sibuk dan meletihkan.. Mana tak nya, kelas kene datang, tugasan pula mesti disiap kan.. Meletihkan apabila terpaksa membuat dua tugasan dalam satu-satu masa.. Tiada masa rehat, habis kelas jew sambung buat tugasan then pergi ke kelas seterusnya pula.. itu la apa yang berlaku hari ini.. 

Letih punya pasal.. Selepas selesai semua tugasandan kelas.. Setibanya di bilik, apa lagi terlentang la di atas katil... Letih kot...huhuhu...



PeaCe...=P



Sunday 6 May 2012

RUANGAN RENUNGAN.....

Kenali siapa MAHRAM anda dan batas pergaulan....

Mahram adalah orang perempuan atau laki-laki yang masih termasuk sanak saudara dekat karana keturunan, sesusuan, atau hubungan perkawinan sehingga tidak boleh menikah di antara keduanya. Penggunaan kata muhrim untuk mahram perlu dicermati. 


So, mari kita kenali siapa mahram kita.. Mahram tau kawan2, bukan muhrim...hehehe...




Renung-renungkan dan selamat beramal...


PeaCe...=P



WAA...malam nie nak pakai baju pew??hehehe..

Dinner.. waa, kawan-kawan.. Kita nak pakai kaju pew nie????....


Seronok nye malam nie ada dinner.. Nak makan puas-puas dengan harapan makanan nye sedap la.. Kalau tak sedap, memang tak makan la kecuali betol-betol lapar..hehehe.. Majlis makan malam nie adalah anjuran Kolej Ungku Omar iaitu kolej dimana yang saya sedang menginap sekarang nie..

Tiket masuk dah dapat dan no meja pun dah diberitahu sebab ada tulis dekat tiket..hehehe.. hari nie kene mandi awal la.. Nanti penuh lak bilik air.. Mesti bilik air penuh kan sebab orang lain pun nak bersiap-siap gak g dinner.. Takut jugak kalau lambat pergi dinner nanti..hehehe..

Tapi yang tak berapa seronok nye adalah pakaian.. Tak tau nak pakai apa malam nie.. Hari tu dah plan nak pakai macam mana.. Tapi tak jadi sebab de masalah sikit.. So, malam nie tak tau la nak pakai pew.. Pakai jew la apa yang ada kan.. So, tunggulah apa yang jadi malam nie..hehehe..


PeaCe...=P



Saturday 5 May 2012

PAVI,,SUNGEI WANG & TS...hehehe..

Letih betol hari ni berjalan-jalan di Kuala Lumpur.. Bermula dengan menaiki My Komuter daripada stesen UKM ke KL central.. Kemudian menaiki monorel dari KL central ke Bukit Bintang.. Tujuan utama keluar hanyalah untuk membeli kasut..hehehe.. Jauh kan pergi cari kasut...hehehe..

Destinasi pertama :-


Ini lah tempat pertama yang ditujui iaitu Pavilion Kuala Lumpur.. Ini adalah kali pertama saya masuk ke Pavilion kerana sebelum ini hanya berkesempatan menonton mayang sahaja di sini.. Hajat kan nak beli kasut, Tapi kat sini tak jumpa lak kasut yang diinginkan.. Yang jumpa nya 'food court' dan panggung wayang.. So, apa maksud nya..hehehe.. Saya pergi makan dan tengok wayang..hehehe..

Destinasi kedua :-


hahaha.. Selepas hampa di Pavilion Kuala Lumpur.. Destinasi seterusnya adalah di Sungei Wang Plaza iaitu area-area Bukit Bintang jugak la.. Biasa la kan hujung minggu.. Tentunya ramai orang disekitar sini.. Jalan punya jalan kat plaza nie.. Akhirnya jumpa la kasut yang di inginkan.. So apa lagi, rembat la..hehehe.. Misi selesai.. Tapi bukan berhanti di sini tau..

Destinasi ketiga :-


hehehe.. Berjaya Time Square Kuala Lumpur.. Berdekatan je dengan Sungei  Wang Plaza.. Motif utama adalah nak jalan-jalan je.. Tengok lak de sale kasut.. Perasaan menyesal pun ada kerana awal sangat beli kasut tadi.. Tapi dah tak boleh nak buat pew kan.. So, hanya mampu melihat je la..hehehe.. Jalan punya jalan, membe berkanan la pulak kat satu kemeja nie.. So, kita orang beli la.. hehehe..

Dah habis pasing-pusing tiga mall.. destinasi seterusnya adalah UKM..huhuhu..balik bilik la pulak kan..hehehe....


PeaCe...=P



KTM KOMUTER vs MY KOMUTER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Huhuhu..Kali ni entry ala-ala jakun sikit.. Maklumlah dapat merasa naik My komuter.. My komuter memean jauh lebih selesa dari KTM komuter.. Biasa la kan,baru la katakan berbanding dengan komuter yang lama.. Sedikit info mengenai My komuter ini, KTM membelanjakan RM 1.9 Billion dengan setiap set berharga RM 49 Juta.. Banyak kan..ini adalah untuk keselesaan para penumpang..


My komutar atau nama sebenarnya SCS(six-car-set) mampu membawa 1100 penumpang dalam satu-satu masa.. My komuter mempunyai 6 gerabak iaitu dua kali ganda lebih daripada KTM komuter.. Dengan ini ianya dapat memberi keselesaan kepada penumpang..


Hari itu, saya berpeluang untuk menaiki My komuter.. Perasaan teruja memeng ada kerana tidak sangka kerana saya sedang menaiki gerabak yang baru.. My komuter betul-betul memberi keselesaan kepada penumpang.. Tambahan pula ada tv LCD, bolehlah saya tengik Tom and Jerry..hehehe.. Aircond pun lebih sejuk dari yang lama dan bab kelajuan memang agak laju.. Kira overall puas hati la..hehehe...



PeaCe...=P



WAA....knpe nama saya xde??..hehehe

Selamat pagi semua.. Pagi nie dok belek-belek blog En.Azzwan nie.. Terjumpa la pulak satu posn nie.. Tajuk post ialah  'Markah Bonus'.. Bila tengok post nie memang sedih la kan.. Nama tak tersenaraipun dalam top 11..hehehe.. Ce tengok nie.. :-




Betol kan nama afzan tiada.. Sedih tol..hehehe.. Tapi tidak mengapa la sebab sekarang post saya dah lebih dari 20.. Cukup la tu kan.. Yang penting kita hepi dengan apa yang kita telah lakukan.. kepuasan diri itu penting kerana kita tidak dapat untuk memuaskan semua orang..

By the way.. Taniah Nabil kerana berada diatas sekali.. Yang lain-lain tu,teruskan perjuangan anda.. Hope anda semua terus menulis hingga titisan darah yang terakhir(pew ntah mrepek nie)..huhuhu..

Gud Luck Semua k..


PeaCe...=P



HARI CUTI...nk wat pew yek???

Sabtu dan ahad merupakan cuti umum bagi pelajar-pelajar kecuali pelajar di kelantan dan terengganu yang bercuti pada hari jumaat dan sabtu.. Walaupun ada perbezaan hari, namun ia tetap cuti yang perlu dinikmati oleh pelajar sama ada untuk berehat atau pergi berjalan-jalan.. Cuti memang masa yang ditunggu oleh pelajar untuk lari dari datang ke kelas dan boleh bangun sesuka hati jew..hehehe...


Sok nk buat apa yek..hehehe.. Member-member kebayak kan nya balik umah.. Saya tak dapat balik disebabkan ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan.. Tapi bila urusan tersebut dah selesai, tak tahu pulak nak buat apa..hehehe..

Mula-mula mesti kene basuh baju kan.. Baju kotor dah banyak nie.. So, basuh la baju dan jangan lupa seluar sekali.. Bilik nie pun tak berapa terurus sangat.. Then yang kedua adalah kemas bilik..hehehe.. Time ada kelas susah sikit nak kemas bilik.. Dah esok tak tau nk buat apa kan.. Jadi kemas la bilik..hehehe..

So, ENJOY your HOLIDAY..hehehe


PeaCe...=P




Friday 4 May 2012

BORING...JOM LAYAN(2)...hehehe..

Hari nie tak de kelas lak.. Duduk kat bilik jew kan.. So, mesti boring gila.. Bak kate orang pahang.. BAPOK boring..hehehe.. Disebabkan itu, saya nak kongsi lagi la video yang lawak nie.. Lau korang semua dah bosan atau boring gila.. Ketawa la kuat-kuat..hahaha.. Bagi hilang stress boring korang tu..

Hope video nie dapat menghiburkan korang.. Kalau nk download pun boleh.. Layan time boring kan.. Saya pun boring nie.. Nie dok melalut dalam blog..HAHAHA.. Korang enjoy la yek.. Selamat menonton..=)


Haha.. best tak video nie.. Tajuk video ini adalah datuk datang.. Video seterusnya adalah mari berkemas.. Selamat menikmatinya...huhuhu



Enjoy tak layan cerita Shin Chan nie..hehehe.. Harap dapat lah menghilangkan sebahagian daripada kebosanan anda pada hari ini.. Lagipun esok cuti kan.. Kalau tak tahu nak buat apa pasti bosan.. So, selamat bercuti...


PeaCe...=P



DOMINO VS MCDONALD'S....hehehe..

PETANG
Agak lama juga la tak layan domino ni.. Petang tadi sepakat dengan member-member untuk sama-sama kongsi order domino.. Semua dok lepas gian makan domino lebih-lebih lagi sorang nie.. Dah la puasa, berbuka makan domino.. Memang best la kan.. Disebabkan dia berpuasa, tepaksa la orang lain yang tolong belikan air..hehehe.. Tapi tak pe, tolong orang puasa dapat pahala kan..huhu..



MALAM
hahaha.. Lama dah tak lepak malam-malam sambil makan mc'd dekat Bandar Baru Bangi.. Lagi pun memang dah lama tak makan mc'd.. Sebelum ni pun makan kfc jew dah dekat tiga kali kot.. Tapi malam nie, melepaskan gian untuk makan mc'd sepuas-puas nye..hehehe..


Disebab kan telah kenyang makan domino tadi.. Akibat nya kentang goreng mc'd tidak dapat dihabiskan.. Dah la banyak pulak tu.. Membazir betul kan.. huhuhu.. Tapi tidak mengapa kerana member dapat tolong mengabiskan nya.. Tapi tak dapat habis semua la sebab masing-masing kekenyangan.. hehehe...Yang penting kita ENJOY...



PeaCe...=P




Thursday 3 May 2012

KELAS CESMED...TERBAIK...

hehehe.. Hari nie memang terbaik bagi kelas Asas keusahawanan dan inovasi(Cesmed).. First time rasa happy sanggat kuar dari kelas Cesmed.. Rasa macam menang anugerah apabila melangkah kaki ke hadapan untuk memberi penerangan..hehehe..

Cerita nya bermula apabila melangkah masuk ke dalam kelas.. Setiba nya di kelas jam 11 pagi, kami disuruh untuk memperbaiki mogul untuk solo player bagi mereka yang mendapat income statement negatif.. Saya bernasib baik kerana income statement saya adalah positif.. Saya hanya membantu rakan-rakan yang mendapat income statement negatif sambil ber FECEBOOK.. hehehe

Apabila sudah siap bagi solo player.. Kami diberi penerangan untuk melakukan bahagian teaming pula.. Memang agak susah untuk memahami cara untuk mengaplikasi nya.. Bagi bahagian teaming, kami dikehandaki bekerja secara berkumpulan iaitu didalam kumpulan yang telah ditetapkan.. Dalam satu kumpulan mempunyai 5 orang ahli dan setiap ahli memegang jawatan tertentu..

Setelah selesai penerangan, kami disuruh untuk mengaplikasi apa yang telah diterangkan untuk bahagian teaming.. Yang melucukan, semasa kami membuat teaming.. Ahli kumpulan saya 2 orang duduk ber facebook, sorang duduk ber online dan hanya 2 orang yang membuat teaming.. Saya hanya mengedit apa-apa yang patut tetapi yang sebenarnya saya bukan la faham sangat..hehehe

Apabila keputusan kumpulan mana yang terbaik dalam membuat teaming, kumpulan saya terbaik dalam 3 daripada ketogori.. Memang pelik dan melucukan.. Kami dipanggil kehadapan untuk memberi penerangan mengenai bagaimana perancangan kami dalam teaming yang dibuat.. Memang kelam kabut apabila masing-masing tidak tau apa yang hendak disampaikan..hehehe..

So, pengajaran nye..beri tumpuan setiap apa yang dibuat...hehehe... btw, kita ENJOY...hehehe



PeaCe...=P



BORING...JOM LAYAN...hehehe..

hahaha.. Mesti bosan kan kalau dah tak tau nk wat pew.. Sekarang ni tengah duduk atas katil sama ada tidow atau dok layan laptop sama ada tengok movie ataupun online.. So, untuk mengurangkan kebosanan korang semua, mari la kita enjoy video nie.. Kalau nak gelak, gelak la puas-puas.. Somoga dapat meredakan kebosanan anda...hehehe...=P


\

Macam mnane.. Ok x..hehehe.. Maybe x berapa ok kan sebab gambar nye x brapa cantik.. xpew2.. smbungan video lain akan menyusur.. So, kne tunggu la sikit.. hehehe...



PeaCe...=P



Wednesday 2 May 2012

SMILE....hehehe..=)



Every can Smile because it easy to make.. No need a lot energy but with our mouth we can make smile.. Smile can make someone happy and can be more than it that is become falling in love..hehehe..

Something about Smile:

As is well known by now throughout the world Harvey Ball, a commercial artist from Worcester, Massachusetts created the smiley face in 1963. That image went on to become the most recognizable symbol of good will and good cheer on the planet.


As the years passed Harvey Ball became concerned about the over-commercialization of his symbol, and how its original meaning and intent had become lost in the constant repetition of the marketplace.  Out of that concern came his idea for World Smile Day®. He thought that we, all of us, should devote one day each year to smiles and kind acts throughout the world. 


The smiley face knows no politics, no geography and no religion.  Harvey’s idea was that for at least one day each year, neither should we.  He declared that the first Friday in October each year would henceforth be World Smile Day®. Ever since that first World Smile Day® held in 1999, it has continued every year in Smiley's hometown of Worcester, MA and around the world..


Now Every One.. Let SMILE..=)



PeaCe...=P




Tuesday 1 May 2012

SAPE NK JOIN??..KOREA,,JEPUN,,UK,,US....

Sesiapa berminat sila INFORM saya...=)


Seronok kan dapat menaiki kapal terbang dan seterusnya berjalan-jalan di negara asing.. Pastinya ia adalah sesuatu peristiwa yang sukar untuk dilupakan dan menjadi pengalaman yang berharga.. Ianya pasti lebih bermakna apabila berkesempatan berjalan-jalan bersama rakan-rakan..

Baru-baru ini Encik Azzwan ada memberitahu kita bahawa akan datang ada program lawatan sambil belajar sama ada ke negara Korea, Jepun, UK atau US.. Saya ditugaskan untuk mengetahui sesiapa yang berminat untuk join adventure dalam menjayakan program ini.. So,,,

Disini ada sedikit pengumuman :-

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program lawatan sambil belajar ke luar negara dan dapat memberi komitmen dalam menjayakan aktiviti ini.. sila bagi RESPON anda di bawah.. terima kasih.. =)

(p/s : program masih dalam perancangan)



PeaCe...=P