Pulau Pinang atau nama jolokannya pulau mutiara dahulu nya terkenal dengan pengangkutan air iaitu feri.. Feri merupakan pengangkutan utama di Pulau Pinang sebelum terbina nya Jambatan Pulau Pinang.. Feri yang besar ini bukan sahaja membawa manusia,tetapi turut mampu untuk membawa kenderaan untuk menyeberangi Selat Melaka.. Feri ini menghubungkan Butterworth dengan Georgetown yang dipisahkan oleh Selat Melaka..
Pada 7 April 2012, saya berkesemapatan makan angin ke Pulau Mutiara ini.. Memang seronok apabila menjejak kaki di Pulau Pinang kerana ia merupakan kali ke-2 saya ke sana.. Aktiviti yang paling menyeronokkan dan sukar untuk dilupakan ialah apabila berkesempatan menaiki feri..
Ini merupakan ruang untuk para penumpang untuk duduk.. Ruang ini berada di tingkat atas feri iaitu khas untuk penumpang yang berjalan kaki.. Disini disediaakn tandas awam untuk kegunaan penumpang yang akan memberikan keselesaan kepada penumpang.. Dari sini, saya dapat melihat keindahan Pulau Pinang dan kapal-kapal yang berlabuh di laut..
Ini pula merupakan ruang bawah feri tersebut.. Ruang ini memuatkan kenderaan yang ingin menyebarangi Selat Melaka.. Saya begitu teruja apabila dapat melihat kenderaan meluncur masuk ke dalam feri.. Ini merupakan kenanagan yang sukar untuk dilupakan..
Berharap dapat kembali menjejek kaki ke Pulau Pinang lagi.......:-)
cerita yang menarik..
ReplyDeletesebagai seorang yang pernah berada tinggal di Pulau Pinang hampir 3 tahun, apa yang boleh saya katakan, Pulau Pinang mmg tempat yang sangat menarik untuk di lawati..
Free2.. jom la berjalan2 ke pulau pinang.. InsyaAllah, saya boleh tolong tunjuk tempat lain yang menarik yang jarang orang lawati di sana..
on aje.. nanti kita plan la camne.. dapat 1 kereta dah cukup..
ReplyDeleteyang pasti suasana waktu malam memang menarik mau2 malam minggu. bunyi rempit, motor, kereta, polis semua ada. hahaha. Pulau Pinang awesome :)
ReplyDelete