Saturday 27 October 2012

27 OKTOBER ADA APA YEK??....

Ermm.. Hari nie ada apa yek.. Macam ada sesuatu yang istimewa jew kan.. Tapi tak tau la apa.. Tiba-tiba jew teringat, hati lak macam ada something jew.. Ada apa yek??

Hurm.. Maybe saya terlupa sesuatu kot.. Dah la saya nie memeng jenis yang pelupa, Aduh, susah la nak ingat macam nie.. Nak ingat atau nak lupakan jew.. Lupakan jew la, nanti sakit kepala jew nak fikir tok ingat balik..

Hehehe.. Kepada Si Dia, dikesempatan ini, dengan hati yang ikhlas dan tulus suci, saya ingin mengucapakn Selamat Hari Lahir.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Semoga berjaya didalam bidang yang dicuburi dan Happy selalu..

                                         7777299926640029255


PeaCe...=)


Friday 26 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.....

Hari ini merupakan 26 oktober 2012 bersamaan 10 zulhijjah 1433 hijrah merupakan hari yang menakutkan kepada haiwan-haiwan yang bakal menjadi korban..hehe.. Hari ini umat islam seluruh dunia menyambut hari raya aidiladha disamping sebahagian daripada mereka sedang mengerjakan ibadah haji.. Kepada sahabat-sahabat yang ada salah seorang daripada ahli keluarga sedang mengerjakan rukun islam kelima , saya mendoakan perjalanan mereka selamat disamping ibadah mereka diterima Allah.. InsyaAllah..

Walaupun di tempat saya nie raya aidiladha kurang meriah berbanding raya aidilfitri, tapi juadah wajib tetap ada.. Korang nak tau tak apa dia juadah wajib tu, haha.. Cuba teka?? Jawapanya ialah LEMANG.. Setiap kali raya, tak sah sekiranya tiada lemang.. Tapi kali nie saya tidak sempat untuk menyebukdan diri untuk membantu menyediakan juadah lemang.. Almaklumlah, orang perantauan kan, sampai-sampai jew, lemang dah pun siap..hehe..

Dikesempatan ini, saya seisi keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua yang mengenali diri ini..



PeaCE...=P


Sunday 21 October 2012

MID TERM DAH NK MULA..TAPI...........

Tapi mood saya tengah.......


Mana nie.. Selasa nie dah la paper........


Alahai.. so kne fight la prasaan malas nie.. tapi macam mane nak wat yek.. erm, apa kata saya cuba ikot ayat nie......


Selamat menduduki Mid Term Exam....


PeaCe...=)


Friday 19 October 2012

SALAM TERAKHIR..

Selamat malam semua.. Ini merupakan post saya yang terakhir.. Blog ini akan dibuka untuk tempoh 24 jam sahaja.. Terasa sedih apabila meninggalkan bidang penulisan ini..

Rindu kepada rakan-rakan seBlogger tetapi apakan daya.. Keputusan telah pun dibuat dan ianya adalah muktamat.. Selamat tinggal rakan-rakan seBlog ku.. Rindu korang semua.. 

Tetapi blog akan diteruskan pada hari berikutnya.. hehehe..

## mood meroyan ## hahahhahahahaha...


PeaCe...=)


Friday 12 October 2012

HYPERLINK MENTEE S2...

Berikut merupakan senarai terkini mentee kumpulan saya & Izni..

Farid Iqbal

Selamat berBlog kalian semua...

PeaCe...=)

Monday 10 September 2012

FIRST DAY....

Hari ini merupakan hari pertama diriku menjadi pelajar SENIOR..huhuhu.. Senior la sangat kan..padahal baru taun 2.. Hari pertama sesi pembelajaran, saya tak ada kelas, so apa lagi bangun lewat la kan.. 

Hari ini berkesempatan ke fakulti disebabkan ada sedikit hal.. Sepanjang perjalanan, memang perasan la  mana satu budak first year dengan budak lama.. Beza nya adalah budak first year memakai kad matrik dan berkasut.. Mulalah terfikir,adakah saya begitu juga waktu mula-mula masuk universiti hari tu..huhuhu.. Mybe la kot..huhuhu.. Then,bila dak jumpa geng tadi.. Apa lagi,g lepak-lepak la...huhu..

Kepada pelajar baru, selamat datang abang ucapkan(abang la sangat kan)..huhu.. Selamat menikmati alam u..

Sekian untuk hari ini....

PeaCe...=P


Sunday 9 September 2012

SAMPAI DAN TIDOW...huhu

Akhirnya sampai gak saya di UKM setelah mengharungi perjalanan hampir 3 jam..huhuhu.. Terima kasih Wave125s kerana membawaku sampai kew UKM.. Tak nak tulis panjang kerana kepenatan nie.. Biarlah gambar sahaja yang bercerita..huhuhu

Sampai......


Tengok Bilik......


Kotor......

Then....



Sekian....huhuhu


PeaCe...=P



Saturday 8 September 2012

ESOK..LONG JOURNEY...huhu

Waa,rupenya esok nak kene gerak dah.. Baru jew brape hari duduk rumah.. Tak puas lagi rasanya.. Takpe la kan, kene la berkorban sikit untuk masa depan.. Pepehal, malam nie kene tidow awal sikit maklumlah esok nak bergerak pagi.. Tapi barang-barang tak kemas lagi nie,aduyai..hahaha.. Petang tadi motor dah siap basuh.. Motor sudah bersedia untuk perjalanan esok..huhuhu..


BuBye........... 




Im Coming...huhuhu....


Hope perjalanan esok lancar dan selamat...


PeaCe...=P


Thursday 6 September 2012

SYAWAL BULAN MULIA...huhu

Hari ini merupakan 18 syawal.. Kiranya dah 18 hari kite beraya.. Itu dikira biasa la kan orang kita yang sambut padahal raya puasa sehari takbir jew..huhuhu.. Kiranya masih belum terlambat la untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya.. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini.. Disebabkan mood raya masih ada sedikit nie.. Kirenya nak la juga bagi tengok gambar-gambar raya..huhuhu.. Enjoy k..


Keluarga tersayang yang bahagia......





Itulah antara gambar-gambar yang sempat dirakam.. Bagi saya,raya kali ini tidak berapa meriah kerana memikirkan exam dan juga masa yang suntuk then terpaksa balik U untuk study..huhuhu.. Salam Hari Raya Semua....


PeaCe...=P


Sunday 15 July 2012

WAVE 125 & EX5 TERBAIK...huhu

Mana tak terbaik.. Perjalanan yang mengambil masa hampir 6 jam tambah waktu rehat mampu direalisasikan dengan jayanya tanpa mengalami sebarang masalah.. Alhamdulillah.. Perjalanan adalah sejauh 280 kilometer..

  
Dari


Ke


Bermodalkan hanya


Akhir kata


PeaCe...=P



KEIZINAN @ KEIZNIAN..hahaha..


Jauh perjalanan.. Luas permandangan.. Maybe itulah pepatah yang sesuai untuk post pada kali nie..huhuhu.. Mana tidak nye.. Jauh berjalan demi mendapatkan kepuasan.. Ditambah pula sepanjang perjalanan ditemani oleh hujan renyai-renyai.. adakan ini akibat tidak mendapat ?????.. hahaha..

Bermula untuk menonton movie


adalah di Putrajaya iaitu di


GSC takde aircon.. Tukar plan ke 


Akhirnya dapat juga menonton..huhuhu

Kesimpulannya, nk kemana-mana, kene la mintak ???? dengan orang tersayang... hahahaha


PeaCe...=P


PENGALAMAN KEDUA..


Pengalaman yang tidak dirancang.. Semuanya berlaku dengan pantas dan di dalam keadaan genting.. Maybe perjumpaan ini adalah pada waktu yang tidak sesuai tetapi ianya memberi makna.. Terima Kasih semua..



PeaCe...=P


Wednesday 27 June 2012

KUATKAN SEMANGAT YE WAK....

Dalam hidup nie.. Macam-macam dugaan datang untuk menguji kita wak.. Benda tu akan datang bila-bila jew.. Samada kita tengah senang apatah lagi apabila susah.. Ianya merupakan satu ujian daripada tuhan keatas hambanya.. Kuatkan lah semangat untuk menghadapi nya.. Banyakkan lah berdoa memohon pertolongan, kekuatan dan pertunjuk daripada-Nya.. Makin besar dugaan kita terima, makin dekat kita kepada-Nya.. Insyallah..  


Tabahkan hati dan kuatkan semangat syg....


PeaCe...=P 



Monday 25 June 2012

AKHIRNYA.....

Setelah sekian lama pulang dengan hampa.. Akhirnya hajat terlaksana..huhuhu.. Sudah dua minggu gagal dan pulang dengan muka yang masam.. Sebelum nie.. Turun KL teringin sangat nak tengok.. Tapi sampai jew kat tempat tu.. Tinggal yang depan jew.. Memang tak puas la kan..

Yang hari tu pun hampir hampa sebab yang biasa pun tinggal yang depan jew.. Rasa hampa dah pun menyelubungi perasaan.. Tapi dah de someone nie cakap "tak pew, kita tengok yang lain la, mahal tak pew, janji tengok".. so, beli yang yang mahal sikit..

Akhirnya.. Dapat gak tengok cite


Walaupun dalam 3D sebab yang biasa punya full dan tinggal seat depan jew.. Puas hati la tengok cite nie.. Mana tak nya, satu panggung gelak tengok cite nie..hahaha.. Memanf cite nie terbaik la.. tak bosan kalau tengok..huhuhu

Perasaan....=> Puas n enjoy..huhuhu


PeaCe...=P


Saturday 23 June 2012

WAA....SHOPING LAGI..huhuhu

Hari tu dah beli kasut.. Baru-baru ini pulak beli seluar jeans..huhu.. Hari tu kan dah hampa kerana tak dapat cari seluar jeans yang berkenan dihati..huhu.. Yang keluar baru-baru nie pun bukan la plan sangat nak cari seluar jeans, just nak jalan-jalan jew sambil layan movie.. Lokasi yang dituju adalah di 


Setibanya disana terus cari tiket wayang sebab itu merupakan motif utama kelaur..huhu.. Ingat nak tengok cite yang tak dapat tengok waktu beli kasut hari tu, tetapi keadaan sama terjadi iaitu tinggal seat depatn jew..huhu.. So, pilih la cerita alternatif iaitu 


Berbaloi jugak la tengok cite nie coz enjoy and fun.. Kire gelak la satu panggung tu..huhu.. Sesudah habis menonton movie, lokasi seterusnya adalah tempat untuk alas perut la.. Dah kenyang, baru la leh pusing-pusing Mid..huhu.. Pusing punya pusing, jumpa la pulak sluar jeans yang berkenan.. Apa lagi, dah suka kan, sapu jew la.. Bukan sapu satu jew tau, tapi dua..huhuhu.. Dah siap beli, sambung lagi jalan-jalan then balik UKM.. Sampai bilik terus tidow..huhuhu

BTW, thanx kepada dak comey sebab sudi jalan-jalan dan bagi pendapat dalam pemilihan seluar jeans..huhuhu
Thanx awak...


PeaCe...=P


Monday 18 June 2012

HANYA UNTUK DAK COMEY....huhuhu

Tak tahu apa yang hendak ditulis.. Biar la lagu yang menceritakan nya kan.. Sebab kat sini tak boleh nak cakap.. Boleh tulis jew.. Nie pun kira letih gak la nak tulis nie..huhuhu.. So, dengar jew la.. =)


Just for you.........=)


PeaCE...=P


Sunday 17 June 2012

WAA...KASUT BARU LAGI(hope muat)..hehehe

Hari tuh dan penat dah jalan-jalan kat KL untuk cari kasut.. Tapi hasilnya kasut tersebut tak muat pulak.. Memang sedih la.. Dah la kasut tu cantik.. Nasib la adik kat rumah muat pakai kasut tu.. So, kasut tu transfer kat adik la kan..hehehe.. Tak de la membazir sangat beli kasut tak pakai.. Paling kurang, de gak orang lain tolong pakaikan..hehehe..

Semalam bermula la pencarian untuk mencari kasut baru lagi..hehehe.. Dengan harapan kasut tersebut muat la untuk dipakai.. Ditemani oleh someone(faham2 jew la yek..hehehe) keluar ke KL mencari kasut di(gambar tertera dibawah)


Sampai TS mybe dalam kul 12 disebabkan ada masalah dengan KTM.. Sabar jew la kan..hehehe.. Sampai jew kat TS, Terus cari food court sebab masing2 kelaparan dan x breakfast lagi..huhuhu.. Selesai menjamu selera dan menunaikan pekara wajib.. Teringin la pulak nak tengok cite Madagascar 3.. Hurm, menyedihkan, Seat jam 2.30 dan 4.30 tinggal yang depan sekali jew.. Dah tak dapat tengok cite tersebut..hehehe..

Bila tak dapat tengok cite, apa lagi, pencarian kasut bermula la.. Banyak kedai kasut yang diterokai sampai 2 or 3 kali datang kedai yang sama.. Nak cari kepuasan katakan..hehehe.. Sory kalau menyusahkan n memenatkan awak(bagi yang berkenaan).. Akhirnya jumpa la juga kasut yang berkenan dihati, itu pun kene buat pilihan antara dua kasut..hehehe.. Harga kasut dirahsiakan dan yang menguntungkan, dapat diskaun 20%..huhuhu..

Dah selesai membeli kasut, ingat nak beli seluar jeans lak.. Pusing punya pusing, tak jumpa la pulak yang berkenan dihati.. So, seluar jeans kene tangguh la dulu buat masa nie..hehehe.. Bertolak balik lebih kurang dalam jam 6.15 dengan menunggu KTM komuter yang macam sardin.. Ingat dapat la naik My Komuter yang lebih selesa.. tapi tak kesampaian..huhuhu.. Dalam perjalanan pulang, disebabkan ada masalah di kajang, hampir sejam kot berada didalam komuter yang terhenti di Serdang.. Dah la time magrib 2, tapi sempat la magrib sebab sampai kat KTM UKM jam 8.10 dan solat di situ..

Banyak betul dugaan kan untuk mendapatkan sepasang kasut...hehehehe......
Kepada si dia.. Thanx tau...


PeaCe...=P


Sunday 10 June 2012

HURM....DIMARAHI...

10-06-12.....Jam 3.51 petang...

Hurm... ase tamcim sangat hari nie.. Tak tahu kenapa, ase sedih jew.. Ase macam nak nangis jew.. Sedih kot..
Cukup la post untuk hari ini.. Nak lepaskan apa yang terasa di dalam hati..


PeaCe...=P


Friday 8 June 2012

LAZER WARZONE, IOI MALL

07-06-12__Khamis


Bertempat di IOI mall, Puchong.. Seramai 14 pelajar-palajar Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) yang masuk air telah pun menziarah Lazer Warzone untuk bermain Lazer Tag.. Bermodalkan 3 buah kereta.. Mereka akhirnya sampai ke distinasi yang dituju - IOi mall....

10.00 pagi :-

  • Berkumpul di UKM(fep n kuo)


10.30 pagi :-
  • Bertolak ke IOI mall, Puchong

11.15 pagi :-
  • Sampai di IOI mall then parking kete
  • Masuk mall dan prgi kew Lazer Warzone
  • Bermain Lazer Tag 3 in 1

3.45 petang :-
  • Bertolak ke putrajaya untuk malantak

6.30 petang :-
  • Bertolak pulang..
Sekian laporan hari nie...tp main Lazer tag memang besttt sangat99......


PeaCe...=P



Tuesday 5 June 2012

RINDU MASAKAN MAK...(bkn mk mertua)huhuhu..

Akhirnya berkesempatan pulang ke kampung halaman yang terletak di kuala lipis.. Keh owrang lepih(loghat pahang kuala lipis)huhuhu.. Sampai-sampai rumah, mak dah menyiapkan hidangan tok anak nya yang baru sampai dari UKM

  First :- Nasi Lemak


Perh, punya lama tak makan masakan mak katakan.. Bertambah kot makan nye..huhuhu.. Biasa la kan, nasi lemak nie adalah antara makanan favourite saya.. Nasi lemak air tangan mak memang sedap wat pulak makan nasi lemak dangan telur mata dan kopok.. Memang layan abis...huhuhu

Sebelum bertolak balik kew UKM, sempat la gak manja2 dengan mak suh masak untuk bawak bekal makan kat UKM..huhuhu.. Mintak la mak masak dua jenis lauk nie.. Biasa nya bawak bekal satu jenis lauk jew.. tapi kali nie dua pulak..hehehe.. Nak tau apa lauk pauk nya?? bace la kat bawah nie..huhuhu

  Second :- Kurma Daging


Hahaha.. Nie merupakan makanan favourite saya lebih2 lagi hasil daripada air tangan mak saya.. Memang confirm licin la pinggan kalau makan..hehehe.. nie merupakan salah satu lauk yang saya mintak mak masakkan tu dibawa ke UKM.. Nak tahu pew juadah satu lagi.. Sila lihat di bawah..

  Third :- Gulai Tempoyak Ikan Patin


Panjang lak nama resepi nie kan..huhuhu.. Tu la dia gulai tempoyak ikan patin.. Nie bakan la favourite saya, tapi merupakan makanan favourite (nak tau sila click...huhuhu).. Memang habis la dia makan.. Tu tanda nya mak saya masak memang sedap..huhuhu.. Betul tak wak??..huhuhu

Yang pasti.. rindu masakan mak dan masakan mak memang sedap....


PeaCe...=P


Monday 4 June 2012

LAMA X POST....huhuhu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...huhuhu..

Lasa dah ase nye tak update Blog nie.. Biasa la kan.. Dah study week nie.. kena pulang ke kampung walaupun sekejap menjenguk keluarga tersayang.. 

Banyak gak rintangan sebelum dapat balik hari tu :- 

  First, kene siapkan assignment yang bersepah.. Sanggup berjaga malam2 bersama rakan2 dalam menyiapkan assignment tersebut.. Banyak pulak tu.. 101 page la katakan...huhuhu.. Alhamdulillah, dapat juga siap.. Sekarang juz tinggal 1 assignment jew lagi yang kene siapkan..

  Second, motor pulak tak berapa nak sihat..huhuhu.. Lepas tukar minyak hitam dan perbetulakan brek belakang motor, dengan memberi kepercayaan kat motor mampu bawak saya pulang ke kampung, sampai gak akhirnya ke  kampung halaman.. Thanx motor..huhuhu

Dapat gak la jumpa keluarga tercinta.. Dapat lepaskan rindu dan mintak berkat tuk jawab exam nanti.. Baru namanya anak yang soleh kan?kan?kan?..huhuhu..

Mak, Abah.. Doakan kejayaan anakmu ini...

Sayang Mak dan Abah...Muahhh...


PeaCe...=P

.

Friday 1 June 2012

TEKANAN KERJA....huhuhu...

Stress nya hari nie...dah la semalam tido lewat coz berlakon la konon..huhuhu..malam nie kene settel kan banyak kejew...antaranya... :-
  • Pembangunan Diri - Laporan 
  • Acedemic Communication - Last Report
  • Tidow - semalam x ckup tidow
  • On9 - Lme x update blog
Huhuhu..banyakkan kejew kene wat...dah penat dah nie..tapi terima kasih la kat member-member yang banyak membantu memberi semangat untuk menyiapkan tugasan ini(ayat skema)..huhuhu

Thank to :
thanx wak..byk tlg kte ary nie..xtau nk ckp pew..thanx sgt...


geng...thanx..sama-sama la kita tido lewat malam nie yek.
.perjuangan mesti diteruskan..huhuhu


PeaCe...=P




Tuesday 29 May 2012

KELAS TERAKHIR A.KOMPUTER

Tarikh : 29 Mei 2012
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Hari : Selasa
Tempat : Makmal komputer1, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM

Jam 9.30 pagi, post ini ditulis.....

Pejam celik, pejam celik.. kita dah sampai ke kelas terakhir aplikasi komputer sebelum menduduki peperiksaan  sebelum menduduki peperiksaan final semester 2 tahun 1..

Jam 9.45 pagi...

Menyampaikan lagu bersama-sama en. AzzwanFadhil, dan Nabil.. Mendendangkan 3 buah lagu iaitu Kau Ilhamku-MambaiOrang Kampung-Jimmy dan Tapi Bukan Aku-Kerispatih.....


PeaCe...=P



Tuesday 22 May 2012

DI MANA KAMU MENGHILANG....

Semenjak 2, 3 hari ini...terasa betul2 kehilangan seseorang.. Ntah la, rasa macam sunyi jew.. Rakan-rakan semuanya terasa akan kehilangan seseorang.. Ntah dimane silap nye, Kehilangan ini betul2 membuat kami semua sunyi dan tidak hapening seperti dahulu.. Adakan silapnya datang daripada saya sendiri ataupun daripada orang lain.. Ermm..ntah la kawan2...

Kepada Raja Nur Izni Binti Raja Iskandar, kami menanti kembali nya anda yang dahulu.. Kehilangan Raja Nur Izni begitu terasa sekali.. Kepulangan anda amat kami nantikan.. Pulanglah Raja Nur Izni kepada yang dahulu.. 


PeaCe...=P


Friday 18 May 2012

AMANAT TERAKHIR....

Sebelum saya mengundurkan diri dalam penulisan nie... Saya ingin memohon maaf kepada semua atas segala kelemahan dan kesilapan saya selama ini... Saya juga ini memohon ampun dan maaf andai ada dikalangan anda terasa hati dengan saya.. Maaf sangat... Di kesempatan ini saya mendoakan kejayaan anda semua... best sangat sebab dapat kenal dengan anda semua... Akhir kata dari saya... Salam dan jumpa anda di VROX...huhuhu...




PeaCe...=P



Monday 14 May 2012

JOM FUTSAL LAGI (18/5).....

Nak tak join main FUTSAL lagi ??


Macam mana main futsal hari tu.. Puas hati tak..huhuhu.. Baru korang tahu kan manam mana penangan main futsal nie yang menjadi kegilaan kaum lelaki.. Seronok dan hapening bukan.. Kalau ada sakit-sakit tu, kira adat la kan bila tak pernah main atau yang jarang main.. Ala, dua atau tiga hari baik la nanti.. Paling lama pun seminggu..huhuhu..

Bagi yang tidak berkesempatan jangan sedih-sedih kerana ada lagi aktiviti menanti anda tau.. Tak mahu 'tamcing-tamcing' tau..hehehe.. Nanti tak ada sape nak pujuk.. Buat penat je dok 'tamcing'..hehehe..

OK,
mengikut perancangan, kita nak adakan lagi main futsal nie ditempat yang sama tapi pada waktu yang berbeza.. Ini baru perancangan, tapi kalau ada sambutan.. Insyallah jadi.. So, jangan lepaskan peluang ok..

Perancangan nya adalah seperti berikut :-

  • Hari - Jumaat
  • Tarikh - 18 Mei 2012 
  • Masa - 3 petang
  • Tempat - Vrox
Majulah sukan untuk negara...


PeaCe...=P



MOH KE PERAK YOP(teluk intan)....

Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan,,,



Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.

Keunikan Menara Condong :-

Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat. Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.

hehehe.. hari 2 saya bekesempatan melawat ke menara condong ini.. Begitu teruja sekali apabila dapat melihat sendiri menara condong berada di depan mata..Akhirnya saya berkesempatan melihat sendiri menara condong tersebut yang menjadi land mark kepada Teluk Intan..

Jom melancong....



PeaCe...=P



RESULT EPL..last game...


Anda kaki bola, jom bace...huhuhu...

Liga perdana inggeris akhirnya melabuhkan tirainya hari ini.. Perlawanan terakhir ini merupakan perlawanan penentuan bagi menentukan kejuaraan menjadi milik siapa.. Persaingan ini merupakan persiangan bandar berjiran iaitu Manchaster United dan Manchaster City.. So, ninlah keputusan perlawanan malam ini..

05/13
Manchester City
3
-
2
Queens Park Rangers
05/13
Sunderland
0
-
1
Manchester United
05/13
Stoke City
2
-
2
Bolton Wanderers
05/13
Wigan Athletic
3
-
2
Wolverhampton
05/13
Norwich City
2
-
0
Aston Villa
05/13
Chelsea
2
-
1
Blackburn Rovers
05/13
Tottenham Hotspur
2
-
0
Fulham
05/13
Swansea City
1
-
0
Liverpool
05/13
West Bromwich Albion
2
-
3
Arsenal
05/13
Everton
3
-
1
Newcastle United

Berdasarkan keputusan diatas, ternyata kejuaraan memihak kepada Manchaster City dengan kelebihan jaringan gol keatas Manchaster United walaupun mempunyai mata yang sama.. Taniah kepada fans Man C...hehehe


PeaCe...=P



Saturday 12 May 2012

APA YANG ANDA RASA???...hehehe

Futsal Oh Futsal....

hehehe.. Masih ingat lagi aktiviti tu.. Ha, beraksi sudah, makan pun sudah, sekarang  kita nak tahu jugak la kan apa yang para pemain rasa selepas even nie kan..hahaha.. Mesti macam-macam ragam dan reaksi yang kita dapat lihat..

Apa lagi, mari kita temubual para pemain...huhuhu :-







Berikut adalah temubual bersama pelajar yang tidak dapat join :-



Akhir kata.. Pesanan dari penaja..huhuhu :- 


Ha, itulah sebahagian daripada pelajar yang sempat ditemu ramah.. Ternyata kebanyakkan mereka happy dan kesakitan..huhuhu.. btw, korg semua memang sporting la.. Terima Kasih kawan-kawan atas kesudian menjayakan aktiviti ini..

Sekian terima kasih =)


PeaCe...=P