Tuesday, 10 April 2012

HOME SWEET HOME....hehehe

Seronok kan apabila kita dapat tahu hari cuti.. Perkara pertama kita akan fikir adalah dapat rehat, tapi dimana?..Pastinya di rumah kan.. Gembira nya hati dapat berehat di rumah apabila cuti bak kata pepetah melayu.. RUMAHKU SYURGAKU......


Bagi pelajar-pelajar yang merantau pastinya musim cuti menjadi pekara yang mereka tunggu-tunggukan kerana berpeluang untuk pulang ke kampung masing-masing.. Ada dikalangan pelajar sudah mula mengemas barang yang hendak dibawa pulang 2 atau 3 hari sebelum pulang ke kampung mahupun ada juga seminggu sebelum pulang.. Bertapa gembira nya mereka apabila berpeluang pulang ke kampang.. 

Bagi yang menaiki kenderaan awam seperti bas, keretapi mahupun kapal terbang, pastinya mereka telah menempah tiket sebulan sebelum pulang ke kampung kerana bimbang kehabisan tiket.. Jika tiada tiket, pastinya merana.. Segala urusan pelajaran hampir dilupakan apabila sampai di kampung halaman kerana dalam kepala hanya memikirkan untuk berehat dan bersama keluarga tersayang..

Perjalanan yang jauh sanggup ditempuhi untuk samapai ke kampung halaman.. Sepanjang perjalanan terbayang-bayang rumah, keluarga tersayang dan rakan taulan.. Setibanya dirumah, tangan ibu ayah dicium, bergurau senda dengan adik-beradik, berborak bersama keluarga dan yang paling manis sekali makan dan menonton telivisyen bersama keluarga.. HOME SWEET HOME...

SELAMAT BERCUTI......hehehe...

No comments:

Post a Comment