Monday 7 May 2012

MAJLIS MAKAN MALAM KUO...hehe..


Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM, telah berlangsung nya majlis makan malam Kolej Ungku Omar bagi tahun 2011/2012.. Pada malam dinner ini, tema yang dipilih adalah 'back to school' yang akan mengimbau kembali zam)an persekolahan dahulu.. Dinner ini bermula pada jam 8 malam yang dimulakan dengan ketibaan para tetamu dan jemputan khas..

Seterusnya, majlis bermula pada jam 8.30 malam dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis.. Selepas itu adalah ucapan oleh para tetamu jemputan khas seterusnya merasmikan majlis makan malam KUO.. Acara yang ditunggu telah tiba, apa lagi, start melantak la..huhuhu.. kenyang perut dapat makan.. Sedap pulak tu, nak tau tak apa lauk pauk nya.. Ce tengok nie :-


Jemput makan semua..hehehe..=P


Selepas selesai menikmati juadah yang disediakan, kami dihiburkan pula dengan tarian, persembahan nasyid dan juga live band.. Disamping itu ada juga cabutan bertuah yang dipecahkan kepada 2 ketogori iaitu meja bertuah dan individu bertuah.. Hadiah utama bagi individu bertuah adalah i-pod.. hehehe.. Bertuah kan siapa yang bertuah memilikinya..hehehe...

Majlis diakhiri dengan tarian moden dan majlis bersurai pada jam 1 pagi....


PeaCe...=P



No comments:

Post a Comment